Alhamdulillah...syukur,hari ni smpai juga kita ke Bulan Rejab.bulan yg dkatakan bulan mulia di sisi Allah serta byk ganjaran yg akan dperolehi jika kita bykkan amalan (tp bkn la aku bermaksud bln len korang xyah wat amalan kan..).Selain berpuasa di bulan Rejab, kita dianjurkan memperbanyakkan
berdoa’, solat sunat, berselawat, bersedeqah, beristighfar, membaca
al-Quran dan berzikir. Dalam kitab Raudhoh Imam Nawawi ada menyebutkan
“Malam awal Rejab mustajab doa’nya”. (aku pun berposa ari ni...mudah2an diberi kekuatan untuk menghabisnya pd hari ni..maklumla godaan bau2 dr kantin ni...ahaks dan bole membuat sebanyak mana yg bole,jgn 1 hari ni jerk....)
Bulan Rejab jugak dikatakan bulan HARAM (bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab)..tp pasaipa lak HARAM? tingat aku kt anak sedara aku,tnya pasaipa kt Mekah ada masjidilharam?HARAM tu xleh p ka?hikss
Ulama berselisih pendapat kenapa bulan-bulan ini (bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab) dinamakan bulan haram.
- Pertama, dikatakan bahawa ia disebabkan kebesaran kehormatannya, sebagaimana besarnya dosa yang dikira jika dilakukan dalam bulan itu.
- Kedua,
dikatakan juga ia dinamakan bulan haram lantaran pengharaman peperangan
dilakukan dalam bulan itu dan ia dalah amat dikenali pada masa
jahiliyah dan dikatakan juga ia dilakukan sejak zaman Nabi Ibrahim a.s.
- Dikatakan juga oleh
ulama bahawa keempat-empat bulan itu dinamakan haram berikutan
pengharaman peperangan disebabkan ibadah haji dan umrah yang dilakukan
dalam bulan haram itu. Bulan Zulkaedah, Zulhijjah dan
Muharram adalah tiga bulan yang berturutan. Maka, diharamkan bulan
Zulkaedah lantaran bakal haji melakukan perjalanan ke Makkah dalam bulan
itu. Bulan Zulhijjah disebabkan ibadah haji dilakukan dalam itu dan
bulan Muharram pula mereka yang mengerjakan ibadah haji akan kembali ke
tempat masing-masing. Pengharaman ini bagi membolehkan mereka yang
mengerjakan haji berasa aman terhadap keselamatan diri. Rejab pula
diharamkan lantaran ibadah umrah dilakukan dalam bulan itu pada
pertengahan tahun.
okla..ni hanya sebahagian ja yg aku kongsikan ngn u'oll...klu nk taw lebih lanjut ttg kelebihan Rejab ni...p la google n klik kt sumber yg aku rujuk ni...
* http://nasbunnuraini.wordpress.com/2007/08/01/bulan-rejab-menurut-perspektif-al-quran-dan-as-sunnah/
* http://www.islah.edu.my/
p/s : lately aku malaz betoi nk hapdep blog.padahal byk cerita ceriti...sb tu la,tajuk pun tetiba ada tenggelam timbul...pic pun byk lam BB xleh nk tranfer,sb BB dh mengalami kebengongan hapatah...(eh..bila en.babah nk present yg baru (;)