Bulan Rejab jugak dikatakan bulan HARAM (bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab)..tp pasaipa lak HARAM? tingat aku kt anak sedara aku,tnya pasaipa kt Mekah ada masjidilharam?HARAM tu xleh p ka?hikss
Ulama berselisih pendapat kenapa bulan-bulan ini (bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab) dinamakan bulan haram.
- Pertama, dikatakan bahawa ia disebabkan kebesaran kehormatannya, sebagaimana besarnya dosa yang dikira jika dilakukan dalam bulan itu.
- Kedua, dikatakan juga ia dinamakan bulan haram lantaran pengharaman peperangan dilakukan dalam bulan itu dan ia dalah amat dikenali pada masa jahiliyah dan dikatakan juga ia dilakukan sejak zaman Nabi Ibrahim a.s.
- Dikatakan juga oleh ulama bahawa keempat-empat bulan itu dinamakan haram berikutan pengharaman peperangan disebabkan ibadah haji dan umrah yang dilakukan dalam bulan haram itu. Bulan Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram adalah tiga bulan yang berturutan. Maka, diharamkan bulan Zulkaedah lantaran bakal haji melakukan perjalanan ke Makkah dalam bulan itu. Bulan Zulhijjah disebabkan ibadah haji dilakukan dalam itu dan bulan Muharram pula mereka yang mengerjakan ibadah haji akan kembali ke tempat masing-masing. Pengharaman ini bagi membolehkan mereka yang mengerjakan haji berasa aman terhadap keselamatan diri. Rejab pula diharamkan lantaran ibadah umrah dilakukan dalam bulan itu pada pertengahan tahun.
okla..ni hanya sebahagian ja yg aku kongsikan ngn u'oll...klu nk taw lebih lanjut ttg kelebihan Rejab ni...p la google n klik kt sumber yg aku rujuk ni...
* http://nasbunnuraini.wordpress.com/2007/08/01/bulan-rejab-menurut-perspektif-al-quran-dan-as-sunnah/
* http://www.islah.edu.my/
p/s : lately aku malaz betoi nk hapdep blog.padahal byk cerita ceriti...sb tu la,tajuk pun tetiba ada tenggelam timbul...pic pun byk lam BB xleh nk tranfer,sb BB dh mengalami kebengongan hapatah...(eh..bila en.babah nk present yg baru (;)
No comments:
Post a Comment