si ibu beranak dua yang mempunyai hati yang baik, mudah tersentuh tapi suka berkawan...chingggg
Wednesday, 1 January 2014
welcome 2014.....
Bismillahirahmanirahim....
Assalamualaikum.....dipermulaan tahun baru.hari baru..smoga perjalanan kita semua dipermudahkan untuk menghadapi tahun baru ini.. bertambah rezeki,diberi kesihatan yang baik serta bahagia bersama yang tersayang....
agak lama aku xmenulis..rs kekok plak.huhuu...
2013 byk meninggalkan suka duka..yg manis elok dikenang yg pahit biarlah ditelan...xgitu....tp...yang pahit itu juga la yg mbuatkan aku lemah,lumpuh bila mengenangkannya...
untuk pengetahuan kwn2....aku xkan lupa smpai bila2...2013 betul2 menguji kesabaran aku serta keluarga apabila satu2nya permata hati,hero kesayangan kami...telah pergi buat selama2nya...ayah yg kami kasihi pergi tanpa tinggalkan pesan..perginya secara diam2...(dh mula sebak ni)...Insyallah,andai aku kuat (akan cuba kuat) aku akan menulis perjalanan ayah ke pencipta-Nya..sgt menyedihkan....
syuhhhh...syuhhhh....sedih p main jauh2 na....meh kita mulakan hari ni yg baik2 saja..moga2 khabar baik2 ni akan menemani kita smpai bila2.. azam? haha..xyah tnya la..azam thn2 lepas2 nu pun tah kemana.jom kita audit diri.baiki diri ni dlu.....
Friday, 1 February 2013
tips cinta utk somi-isteri (copy paste jer)
salam jumaat kekawannn...
aku terbaca kt fb mber ku pasai tips ni mcm nk share gak ngn kekawan...so,den pun copy & paste la yer..meh la kita sesama amalkan utk kebahagiaan kita.walaupun memasing ada cara memasing kan..manatau kot2 tips ni bguna ka tuk panduan...cewahhhhh.....
1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
#kredit utk sapa yg buat ni.sb aku rsa mber aku pun share gak benda ni...heheh

Subscribe to:
Posts (Atom)